Wednesday 15 August 2012


SELAMAT DATANG 
KE LAMAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN
TEKNIK AL-BAGHDADI 

Al-BAGHDADI LEARNING CENTRE, MEDAN PUTRA,
BANDAR MANJALARA, KUALA LUMPUR

Alhamdulillah dan syabas kepada anda yang melawati dan melayari laman sesawang Al-Baghdadi Learning Centre @ ALC Medan Putra, Bandar Manjalara. Pusat Pembelajaran Siri  Mudah Belajar & Mengajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi adalah sebuah  pusat pengajian yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk menjalankan program-program Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Ditubuhkan pada bulan Julai 2011 yang lalu di Damansara Damai dengan pengambilan pelajar pertama Kelas Intensif Kanak-kanak. Setakat ini alhamdulillah sepanjang setahun pengambilan, kami telah mengendalikan 12 kelas  KELAB AL-BAGHDADI dengan bilangan pelajar lebih dari 250 orang iaitu kelas untuk dewasa & remaja.
PENGIKTIRAFAN

Al Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre ( Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar) setelah memiliki sebanyak 13 buah rangkaian ATC dan 535 buah ALC diseluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Pengiktirafan ini diterima dari pihak The Malaysia Book Of Records  melalui sepucuk surat yang telah diterima pada awal minggu ini.

Perkembangan menarik ini telah menyuntik semangat para pendokong dan pendidik Teknik Al Baghdadi untuk terus mendidik anak bangsa diseluruh Malaysia untuk mempelajari al-Quran. Usaha berterusan ini diharap  dapat membantu mengurangkan kadar buta al-Quran di kalangan masyarakat yang dilihat semakin membimbangkan dengan pendedahan kajian-kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para pengkaji dari  beberapa buah institusi pengajian tinggi awam.






PENDAFTARAN 
UNTUK KELAB AL-BAGDADI DEWASA & REMAJA
  SESI BULAN OKTOBER-DISEMBER 2013 
KINI DIBUKA!

DAFTAR SEGERA!



ATAU TERUSKAN PEMBACAAN ANDA MENGENAI 
TEKNIK AL-BAGHDADI INI

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Al-Fathil Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi serta bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah Al-bargy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.
Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.

Kini, Al-Baghdadi Learning Centre Medan Putra melalui perunding kami yang terlatih mengajak anda bersama kami sekiranya anda menepati kriteria berikut:-



Ini adalah antara sebab mengapa ramai daripada kita bertangguh untuk belajar. Kini anda tidak perlu malu dan segan lagi kerana Teknik Al-Baghdadi mempunyai kaedah yang cukup mudah serta menyeronokkan dan pembelajaran dilakukan secara kumpulan. Banyak latih tubi dilakukan semasa dalam kelas yang dibuat secara kumpulan dan bukan individu jadi tiada siapa yang tahu tahap anda kecuali diri anda sendiri. Ada yang berumur lebih dari 60 tahun yang datang ke pusat kami untuk belajar. Apa yang penting ialah keinginan untuk memperbaiki diri kita dan meneruskan usaha yang telah terdetik dalam hati kita untuk belajar Al-Quran.

Satu lagi masalah yang sering kali kita hadapi dalam pembacaan Al-Quran ialah ketidak lancaran membaca dengan baik serta tartil. Masih teragak-agak dan ragu-ragu akan sebutan huruf-huruf hijhiyah serta bunyi-bunyi yang keluar darinya. Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran.


Teknik ini juga menggunakan Alat Ketuk sebagai alat bantuan mengajar yang akan membantu para pelajar membaca dengan lancar serta tartil, InsyaAllah.


Dalam kelas Teknik Al-Baghdadi, anda tidak perlu risau kerana guru tidak akan bertanya anda tentang apa yang diajar kerana latih tubi yang banyak selama 2 jam setiap sesi pembelajaran sudah memadai untuk anda mengetahui serta mahir dalam pelajaran yang diajar masa itu serta anda sudah boleh mempraktikannya terus. Kami memberi jaminan tidak akan bertanya kepada anda secara individu.


Teknik Al-Baghdadi mempunyai keistimewaan di mana anda bukan sahaja belajar tetapi dengan menguasai teknik ini, anda akan terus dapat mengajar kepada orang lain seperti ahli keluarga anda atau pun rakan-rakan anda sebaik sahaja anda pulang dari belajar dalam pelajaran pertama lagi! Anda akan lebih cepat dapat sekiranya anda melakukan sedemikian dan anda juga secara tidak langsung mendapat manfaat dari apa yang anda pelajari.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah satu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Walaupun ianya sesuai untuk setiap golongan namun pihak ALC Medan Putra hanya menawarkan PROGRAM KELAB AL-BAGHDADI sahaja iaitu khas untuk orang DEWASA.


AYUH! Tak perlu bertangguh lagi! Kami percaya dan yakin anda boleh melakukannya. Anda mampu untuk membaca Al-Quran selepas ini dan anda akan terperanjat akan kebolehan anda sendiri. Apa yang penting ialah anda yakin bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk belajar. Setapak kira mengorak langkah kita untuk menuntut ilmu bagi mendekati diri kita kepada Allah swt. maka beberapa tapak Allah swt akan datang membantu kita. 

JOM KITA PAKAT-PAKAT BELAJAR  Al-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI. 
Pasti Anda Teruja!

Ayuh! SEKIRANYA ANDA INGIN MENGIKUTI KELAB AL-BAGHDADI 
Sila Muat Turun Borang Pendaftaran Di Bawah Ini & Kembalikan Kepada Kami
Melalui e-mail Kami albaghdadimedanputra@gmail.com 


ATAU SEKIRANYA ANDA INGINKAN MAKLUMAT LANJUT 
MAKA  Daftar Di Bawah ini untuk kami hubungi anda
dan insyaAllah kita akan memberikan keterangan lanjut sebaik mungkin.
* InsyaAllah, tarikh bermula setiap sesi bergantung kepada bilangan minima 10 orang pelajar. Jadilah yang terawal untuk mendaftar kelas sesi FEBRUARI 2013 dengan memuat turun borang yang disediakan dan email kembali kepada kami segera ke albaghdadimedanputra@gmail.com 

Salam Dari Kami.



Hj. Ghazali Othman
Pengurus & Perunding Al-Baghdadi
012 4442 253
012 2092 253
atau
Hjh. Azilah Abdullah
Penyelia & Perunding Al-Baghdadi
012 2911811


Sertai kami untuk belajar Al-Quran di:
AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE MEDAN PUTRA
53-2-2 Jalan Medan Putra 1,Medan Putra Business Centre
(Atas Poliklinik Medan Putra)
Bandar Manjalara
Kuala Lumpur

S063, Aras 2 Season Square,
(Sebelah SHELL Damansara Damai)
Damansara Damai
Petaling Jaya