TERTARIK DENGAN CARA MUDAH BELAJAR AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI
Assalamu’alaikum.
Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti beberapa siri kursus anjuran Syihab Resourcers.
Selesai mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010 saya berazam melakukan testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah Jamilah yang berusia 5 tahun. Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf hijaiyyah sebelum ini.
Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik belajar dan seronok menggunakan alat ketukan tidak langsung membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara lebih berdisiplin, terkawal dan baik sepanjang proses pembelajaran. Membaca sambil mengetuk pada peringkat permulaan secara
Saya dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih berminat belajar dan berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid Al-Baghdadi. Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan buku tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca tanpa paksaan.
Minggu seterusnya saya mengujinya dengan potongan ayat-ayat Al-Quran secara rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’ 4, 5 dan 6. Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini dia sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4 di samping berminat menghafal surah-surah lazim.
nsya-Allah saya berazam untuk terus mengenengahkan dan berkongsi ilmu tentang teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
Tahniah kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh warga kerjanya dengan izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik mudah dan menarik dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan usaha ini menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa kini.
Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran .
Terima kasih
Wassalam.
Anisah Manaf
013-9569847
29.10.2010 / 21 Zulqaedah 1431.
ADIK NURUL ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM :7 TAHUN
Alhamdulillah, Dengan Teknik Al-Baghdadi Saya Boleh Membaca Al-Quran Dalam TempohHari Sahaja, Terima Kasih Al-Baghdadi, Terima Kasih 22 Ustazah
APA KATA GURU AL-QURAN
Ustazah Rohaya Man
Guru Al-Quran, Alor Setar Kedah
"Teknik Al-Baghdadi Memudahkan saya mengajar Al-Quran dan mengawal disiplin murid saya,
mengajar dengan teknik Al-Baghdadi tidak memenatkan saya serta murid tidak jemu untuk melakukan latih tubi…Alhamdulillah denganizin Allah swt., dua murid saya telah mampu membaca Al-Quran dalam tempoh 22 hari diperkenalkan dengan Teknik Al-Baghdadi, Sangat Berkesan”Ustazah Rohaya Man
Guru Al-Quran, Alor Setar Kedah