TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
- Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
- Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
- Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
- Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
- Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
- Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
SET KAYU KETUK
Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)
TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.
Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.
KIT BOX ALADIN PLAYTIME & KAD AL-BAGHDADI [Untuk Kanak-Kanak]
Kit Box Aladin Playtime serta Kad Al-Baghdadi ini adalah alat pembelajaran yang khusus untuk kanak-kanak yang mana ianya membolehkan mereka bermain sambil belajar secara tidak langsung. pendekatan ini sangat efektif dan boleh memberi kesan yang cepat terhadap mereka untuk menguasai pembacaan Al-Quran.
Kit Box mengandungi 2 dadu, 4 bean bag bagi permainan Aladin Playtime manakala Kad Al-Baghdadi pula mengandungi:
Kit Box mengandungi 2 dadu, 4 bean bag bagi permainan Aladin Playtime manakala Kad Al-Baghdadi pula mengandungi:
- 312 keping kad Al-Baghdadi bagi 11 kelompok pembelajaran asas Al-Quran
- Buku Panduan Lengkap untuk guru dan ibubapa termasuk 12 permainan kreatif
- "Blue Tack" bagi memperbagaikan aktiviti permainan