Program ALC


AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE (ALC) MEDAN PUTRA adalah pusat pengajian yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. untuk menjalankan program Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi dan telah memulakan perkhidmatan kami  pertengahan JULAI, 2011 yang lalu di Damansara Damai. Di atas permintaan dan juga misi dan visi untuk mengembangkan pembelajaran Al-Quran secara mudah, cepat & menyeronokkan. .menawarkan program berikut kami membuka satu lagi cawangan di Medan Putra, Bandar Manjalara, Kepong dan menawarkan pengajian berikut:

A. KELAB AL-BAGHDADI
  • Kelab ini adalah merupakan kelas belajar membaca Al-Quran untuk orang Dewasa dan Remaja
  • Tempoh belajar selama 3 bulan atau 12 kali @sesi dengan HANYA SATU kali seminggu selama 2 jam setiap sesi.
  • Teknik Al-Baghdadi ini dijalankan secara berkumpulan. Maksimum 25 pelajar satu sesi dan minimum 10 pelajar.
  • Yuran :  RM50 Yuran Pendaftaran termasuk Buku & Alat Ketuk dan RM300 Yuran Pembelajaran untuk pakej Tamhid selama 3 bulan 
  • KINI PENDAFTARAN SEDANG DIBUKA. DAFTAR SEGERA DENGAN MEMUAT TURUN BORANG DI SINI DAN EMAIL SEMULA KEPADA albaghdadimedanputra@gmail.com

    B. KELAS TAJWID ASAS AL-BAGHDADI
      • Kelas tajwid telah bermula. Sila daftar agar kami dapat menghubungi anda. Muat turun borang di SINI  atau daftar untuk maklumat lanjut dibawah agar kami dapat memperkemaskini anda dari masa kesemasa.
      • Terbuka untuk semua golongan dan keutamaan akan diberi pada mereka yang telah mengikuti Kelab Al-Baghdadi atau telah khatam buku TAMHID Al-Baghdadi.
      • Yuran Pembelajaran: RM300 untuk pakej selama 3 bulan.

      C. KELAS TALAQI AL-QURAN
      • Kelas Talaqqi Umum Al-Quran bagi semua peringkat yang telah boleh membaca Al-Quran atau yang telah melalui Kelas Asas & Kelas Tajwid. Daftar untuk maklumat lanjut dibawah agar kami dapat memperkemaskini anda dari masa kesemasa tentang tarikh bermulanya kelas talaqqi ini.

      HUBUNGI: HJ. GHAZALI OTHMAN @ 012 4440253, 012 2092253  ATAU 
                           HJH. AZILAH ABDULLAH @012 2911811

      NOTA:

      *   KELAS PENGAJIAN AKAN HANYA BERMULA APABILA JUMLAH MINIMA 10 ORANG PELAJAR MENDAFTAR & MENGESAHKAN PENYERTAAN MEREKA.

      **SEKIRANYA ANDA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI KAMI DENGAN MENDAFTAR  DI RUANGAN DI BAWAH INI. INSYAALLAH KAMI AKAN HUBUNGI ANDA DENGAN DENGAN KADAR SEGERA.